31 May 2011

20 perkara yang membuatkan wanita membenci lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?


5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.



6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...


8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...


13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Ianya adalah sebagai info untuk dikongsi . So, kalau ia membantu, Alhamdulillah untuk memajukan diri . betul tak ? Hanyalah sekadar pendapat dan luahan hati wanita . Credit to Tentang Cinta  lagi :)

4 Tips Memujuk Lelaki Merajuk

Mengapakah si dia merajuk ? Haaaaaaaa .

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.
 
 Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?
Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. :) 

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

Semoga dapat input yang berguna yaa geng . Credit to : Tentang Cinta

27 May 2011

Nur Kasih The Movie

ooo yeahhhh ! Alhamdulillah, syukur (:
finally aku dapat tengok jugak cita Nur Kasih The Movie neyh . SUMPAH, best gila habaq hang ! hehehe . aku sampai nangis-2 dengan Cuja dalam movie tadi . HAHAHAHA . sedih kut cerita neyh then, yang paling superb, aku 6 orang jaa dekat dalam cinema tue tadi . muahahahahaha ! kelakar gila . tapi takpe, kami dah buat hal sendiri dalam cinema tadi then puas hati dengan cerita neyh ! aku bagi 10 bintang emas buat NKTM neyh :) *sangat suka lakonan Tiz Zakyah and one day semoga aku bakal menjadi wanita dan isteri yang sempurna like Nur Amina, Insyaallah .

26 May 2011

(:":)

semua perasaan duk celaru dalam kepala neyh . semua urat saraf terbelit ! semua lah tak kena . nak kata sakit hati, tak taw lah . nak kata sedih, boleh juga . takpa, aku memang selalu macam neyh . nasib badan -.-

p/s : i really miss you Mr A . 

25 May 2011

Benci doe perasaan neyh !

apa perasaan korang kan kalau bf korang sekarang neyh duk ingat lagi dekat gf dia ?? then apa yang korang buat ? mesti sakit kan nak hadapi . emmm, aku pun tataw nak cakap camna . rasa macam sedang lalui benda tue *tapi memang betul pun . sedih dan pilu kut -.- kalau yaa pun, tak payah laa sampai aku tahu kan ? simpan dalam hati sudah . aku tahu, lelaki tak kan cepat lupakan ex dia . yaa, itu fakta dan realiti doe . aku kena terima . tapi kenapa ex aku dulu begitu cepat lupakan aku ?? 7 bulan lebih aku baru terima orang lain sedangkan dia ? aku dah cukup benci dengan dia sekarang . perasaan sayang selama setahun lebih kami kawan dah jadi debu ! debu yang bertebangan dan yang tak punya papa . aku nak tengok muka dia pun aku dah tak kuat . dah tak boleh ! apa yang kami pernah lalui dulu tue semua aku dah lupa ! sbesar zarah pun aku tak ingat ! aku bukan jenis yang dah buang ambik balik . sorry to say lah . tak semudah itu ! dalam erti kata laen, ZERO laa derr . cuma aku harap, Allah balas dengan adilnya . to saja . adakah aku juga ambil keputusan yang betul sekarang neyh ? adakah masih ada harapan untuk bf aku dengan ex  dia kembali ? patut ke aku lepaskan dia semula ? oh God, tolong laa aku . aku rasa tak kuat . aku mengaku masa aku tulis entry neyh, hati aku begitu sebak sambil nangis *tak malu kan ?? tapi, apakan daya . menangis salah satu lepas geram . kenapa lah time aku nak bahagia ada jaa yang menimpa ? mesti sedih lagi kalau aku tengok depan-2 kan ? ish, sumpah aku tak kuat .

sumpah aku takmau perkara lepas jadi lagi . aku tak mau dah . cukup-2 laa . tapi, kalau tuhan nak bagi juga, apakan daya aku kan ? terima dengan seadanya . tapi, aku dah tak mau fikir negatif dah . aku kan cuba fikir positif jaa dan buang segala perangai buruk aku dulu . memang aku menjengkelkan dulu *bak kata manusia yang aku tak kan pernah maafkan dia . tapi dia kena ingat, Allah dapat ampunkan dosa dia kalau dia bertaubat dan Allah tak kan ampunkan dosa sesama manusia . tapi takpe, aku akan buktikan dekat dia yang aku akan bahagia bersama bf aku skang dan aku sedia berkorban macam mana aku berkorban untuk dia dulu . lepaskan dia demi kebahagian dia . aku sanggup . dan aku cuma harapkan, kejujuran dan keikhlasan dia untuk aku . suka cakap suka, tak suka cakap tak suka . terus terang saja .
ok, harap mood aku akan okay lepas neyh . bukan apa, senggugut pun tak habis lagi . tambah plak sakit hati . haishh, boleh tahan laa panasnyaa . sambil dengar lagu-2 sedih neyh, dapat layan perasaan sikit kan . aku harap dia faham perasaan aku skang . bukan aku tak suka dia kawan dan berhubung lagi dengan ex dia tapi, sekurang-2 jaga perasaan aku sama . aku tak larang dia nak buat apa . alhamdulillah, dia okay . tak buat hal . aku bagi kepercayaan dekat dia semoga dia guna dengan baik harapnya . tapi kalau tak, sorry to say laa . aku nak hubungan yang bahagia dan lengkap walau tak sempurna *memang laa, mana ada benda perfect kan -.-

Okay, tak mau merapu jaoh dah . tak mau ingat kisah silam dah . yang lepas-2 laa . tak kan terulang balik *kalau ulang pun aku takmau haihh ! grrr . hehehe . lagu sekarang, Sofea Jane . best gila lagu neyh . sayu jaa dengaq . semoga Allah berkati hubungan kami, Amin :)

19 May 2011

New Super Girl

Alhamdulillah, kakak ipar aku selamat melahirkan seorang baby girl comel seberat 2.93kg di HSIJB Johor 
Bahru . bertambah lagi laa super girls aku neyh haa . tapi takpe, boleh bantu aku time aku kawin esok . hahahahaha *gatai ! totally semua aku dah ada 6 super girls laa geng . gila whoaah, bersyukur sangat . nampak nyaa, long tade rezeki lagi nak menimang cahaya mata lelaki . takpe long, anak long semua comel-2 dan cantik-2 . hehehe . sama dengan Asuu dia . heee

apa-2 pun, Aina's-2 semua, tunggu Asuu, Wan dengan Aki okay . kami akan fly ke JB ASAP . tak sabar nak tengok baby girl !

♥ welcome to our family, baby girl ♥

i am taken finally

assalamualaikum and very good morning geng ! alhamdulillah, syukur hari neyh aku still alive . hehehe .
emmmm, finally, finally i am already taken with the greatest men in the world, Mr Ash . 
thanks sebab sudi terima diri i yang tak seberapa neyh . walaupun dah setahun lebih kita kenal baru hari neyh kita dapat declare our relationship . i akan cuba sedaya upaya i untuk sayang u dan ingat cita-2 kita sama . nak belajar rajin-2 then lepas habis dip, kita akn sambung deg lagi . kerja best-2 then kalau hubungan kita berkekalan, insayallah . ada laa nanti . hehehe *malas nak cakap, nanti kata gatai . hahahahaha -.- yang penting habiskan cita-2 kita dulu okay !
Alhamdulillah, aku syukur sangat sebab setelah 7 bulan aku being alone, dia datang tampa jemu dan hari-2 duk teman aku walaupun dulu, aku ada bf then dia ada gf . now dah single then he's mine now . walaupun ada cerita yang tersendiri dalam hubungan kami but aku rasa aku buat keputusan yang terbaik untuk diri aku , aku tahu pernah sakiti hati dia dulu . sekarang, aku datang nak tebus balik kesalahan aku . semoga Allah merestui hubungan kami, Amin .


pray for us everybody :)
p/s : maa, lepas neyh ma tak payah nak cari jodoh kat kak lagi yek . hihihihihihi

IMY +  ILY Ashraf Muhammad Saifullah .

18 May 2011

Good Job !

assalamualaikum and very good evening everybody :) today, aku mau story about picture and friends . aku belek-2 FB then ternampak satu album yang ada picture from DSLR yang aku di snap kan about 4 month ago . waaa, its take along time to publish my entry neyh . HAHA . okay, lets proceed yaa . thanks kepada Ridhwan Ramli sebab sudi snap picture aku neyh . alhamdulillah, kawan aku akan menjadi seorang photografer tak lama lagi . untung laa dia . hehehe . nanti geng-2 kahwin boleh bagi murah-2 kan, silap-2, free langsung -.- *gediks


it was precious days for me and i will remember it until my last breath . thanks sahabat sebab lakukan dengan terbaik then i will prayed for u and wish you luck for everything that u doing it . 
p/s : precious, precious and precious days ! aummmmm 


17 May 2011

virus ? problem laa


blog aku kena virus keee ??? OMG, please help me . neyh jaa yang aku ada . takdak yang lain dah . kalau hilang yang neyh, musnahlah segala nyaa . please, dont do that for me . i am begging virus ! please go away ! go away from me and my blog :( kepada sesiapa yang tahu macam mana nak buat / hilangkan nyaa, please, help me ! help me . bagi tahu kalau ada cara yang perlu dilalukan untuk ia kembali pulih . tolonglah saya, ini saja yang ada selama neyh . blog yang satu . 
pleeeeaaaaaaaasssssssssseeeeeeeee :'(

14 May 2011

Schoolmate Wedding

Assalamualaikum geng !
first of all, Selamat pengantin baru buat Shikin dan Kamil .
yuhuuuu, today was a very-2 precious day . kawan tika primary school dulu dah mendirikan masjid pada malam semalam 13 May 2011 dan majlis besarnya pada 14 May 2011 di Pantai Batu Hitam, Kuantan . alhamdulillah, syukur sebab akhirnya mereka selamat diijabkabul dan aku berpeluang tengok by myself my schoolmate wedding bersama Cuja, Syed, Faiez dan Zharif . rasa excited pula nak kahwin nyee . hehe -.- gatai ! so, enjoy the picture yaw ('',)

SELAMAT PENGANTIN BARU
okay laa, bye-2 wedding ceremony !
Iskandar homestay ?? HAHAHA . agak-2, Paeh dengan Amir sakit hati dak aku duk sebut nama mamat tue ? hehe . btwy, bunga mangga yang izah cakap tue tak rupa bunga mangga langsung bila kami sampai dekat rumah pengantin . so funny ! HEHE
lepas wedding tue, kami hang out pulak . hehehe -.=
motif Paeh ??  entah . tak dapat dikesan . HAHA
okay, thats all lah rasa . dah penat sebab keluar jam 1 ptg dan balik dalam pukul 8 malam . gila lama . dah laa dengan orang yang gila-2 then tak tahu malu -.- . payah betul ! HAHAHA . dan-2 pergi Megamall tadi, ada ujibakat suara emas . sempat lagi aku dengan Cuja duk posing untuk ditemuramah . kami disuruh buat gelak-2 then senyum dekat kamera then maybe masuk tb kowt ? wah, glamour gitu ! hahaha . then, tengok laa sampai lebam sambil minum cool blog *bak kata paeh, orang yang ada blog jaa boleh minum . motiff ?? -.- 





10 May 2011

happy gila

assalamualaikum geng . sorry, aku flu sikit hari neyh . soo, korang duduk jaoh-2 naa sikit dari aku . takut berjangkit . haaaaaacuuummmm ! haaa, tengok, dah mula laa . ketepi, ketepi, ketepi . beri laluan . HAHAHAHA.

hari neyh, hari yang indah bagi aku . haaa, aku drive dekat highway tadi . yaa ampun korang, best gila . smooth jaa bawak keta . takde laa penat sangat kaki neyh nak main kelas kan . kelas darjah satu, dua, tiga dan empat . nasib baik reverse tak kena dekat highway  . hahahaha, alamatnya, aku lintang pukang ahh . tapi tadi, lori besaq-2 habaq hang semua . uissh, takut haih . ketaq pala cakap lue derr .
ehh, sat-2 . asal campur semua bahasa neyh weyy . entah papa lah kau hari neyh . al maklum laa, aku kan flu sikit . rasa-2 nak demam pun ada . i am sorry ! hahaha *fuck gila dekat Amir Maharaja Lawak . herrr, tak suka then spoil kan mood aku . kesian kut tengok dia melawak . haishhh !
ok, sambung balik ke excited kan aku bawak kete dekat highway tadi . alhamdulillah, aku dah makin berani sikit dan aku harus kekalkan keberanian aku neyh . hehehe, biasalah, aku kan nak bawa maa aku balik Pekan nanti . so, jalan nak balik sana tue, pelik sikit . even highway pun, jalan kampung kan . banyak menda yang tak terduga akan jadi . tapi, tue semua Allah yang tentukan kan . mau rilex, sudah aa derr . HAHAHA . apa yang seronok nyaa, pengalaman baru aku  hari neyh . alhamdulillah, Allah S.W.T merestuai apa yang aku buat . nanti, boleh lah  aku drive pulak time pegi Pulau Pinang dengan geng-2 aku neyh . geng huga-2 . hehehe, i really miss u all damn much . hurrgghh !

ok laa, nak teman maa dekat luar sebab ayah dengan adik keluar pegi beli roti canai . adik teringin pulak nak makan roti canai . awat tataw napa . hah, semua keluar . haha . biasanya, dia tak makan roti canai . k laa geng, have a precious day yaa semua . love hugss, bye -.-

09 May 2011

aktiviti hari neyh

- bangun pagi *macam biasa laa derr
- breakfast dalam pukul 10.30 then tolong maa masak *psst, potong sayuq kangkung
- mandi-2 rilex-2, tengok tv
- petang, hangout dengan Cuja, Syed, Amir and Zharif * lepak Mega, lepak The Mall then lastly lepak TC . haishh, tak abes-2 TC, TC and TC . mau muntah !
- balik around pukul 8, makan-2, tengok tv and online neyh haaa until now .


konklusinya, apa yang aku buat hari neyh pun, tataw apa . duk melepak cam orang ta dak kerja . padahal report tak settle lagi . HAHAHA . Apaaa laaa . haaa, aku dapat 16 miscall *baru 16 dah kecoh, haha . dari Az**l . then mesej plak. tataw kira . banyak ngat . aku betol-2 sakit hati derr dengan kau ! herrrr . 
semoga esok dan lusa akan lebih bermakna laa nampak gayanya . hehehe . may God blessing me yaw, daaa .
love, mwah hugsss .



08 May 2011

nahh !


ex boyfie aku ! pelik + tak mungkin . huh ! apa yang korang fikir if jadi macam neyh dekat korang ?? tak pelik ?? emmm, aku pun tak paham . kenapa aku ! kenapa dia buat cam tue . rasa mau gelak pun ada . rasa hiba pun ada . bukan apa, tak mustahil laa kita tak  rasa happy kan dia ingat dekat kita . but, apa yang aku nak bagi tahu skang, I am SORRY . tak mungkin kita akan jadi seperti dulu even as a friend . btwy, thanks for remembering me :)

Mothers Day


happy mothers day to my beloved mom, Nor Asmara Ismail . semoga Allah merahmati hidupmu, panjangkan umurmu dan memberimu kekuatan untuk mengadapi hari yang mendatang . thanks juga sebab memberikan kebahagiaan kepada kami sekeluarga dan memberi layanan yang terbaik untuk kami dan sanggup melayan karenah kami . masak ayam masak kicap superb *my feberet jugak . apa apa pun terima kasih yang tak terhingga dan semoga maa panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu . 
p/s : walaupun maa tade FB dan blog dan tak tahu yang akak duk wish dekat sini, tapi akak nak maa tahu yang maa dah banyak berkorban untuk akak . for Ahmad Yusry mom juga, happy mothers day . terima kasih juga sebab mak cik dah jaga saya selama di Alor Star dulu dan for the first time makan ketupat yang ada jagung . sungguh sedap . thanks mak cik . saya tak kan pernah lupakan mak cik yaa . sebab saya dah anggap mak cik macam mak saya juga . 
lastly maa, ILY so muchh !!

07 May 2011

melayan perasaan . huhu


talking to the moon

grenade

i was made for you

just the wat u are

fucking perfect

what if

kissin you

need you know

just a dream

one in a million

impossible

when you tell me that you love me .

p/s : dalam masa 3 hari neyh, memang mood aku tak okay yaa geng . bukan apa. sensitiviti as a human being sedang berlaku dalam diri aku . so korang, tak payah nak gelak dekat aku, tak payah heran sangat lah okay . kot-2, korang lagi teruk dari aku -.- 
k, bye .

03 May 2011

pabila Angah balik kampung !

hari khamis lepas, 30 April 2011, angah balik rumah bersama his wife . diorang bertolak dalam pukul 5 dari kL . maa punya risau sampai tak duduk diam sebab angah sampai lambat . maa dah siap masak daa . tunggu na makan jaa . kalau ingtkan balik, kelakar gila tengok dia kehulur kehilir . HAHAHA . ily moree lah mama ! then, selama cuti neyh *1 Mei, hari pekerja, diorang berkampung dekat rumah aku dan menjamu selere laa . maa siap sakit-2 badan dan belakang lagi lepas mereka semua balk . ahhaahhahaa . dia yang excitednyaa . dah cakap jangan buat kerja berat-2, degil . nak buat macam mana . sabo jewlaa . hehehe .

FAVORITE FOOD, hehehehe
*jgn terliur nah

asam pedas ikan patin 
pucuk ubi + petai jeruk masak lomak cili api
ayam goreng berempah
puding pisang kuh :)
buah tembikai yang manis . hehehe .

GAMBAR KELUARGA

neyh laa buah hati kesayangan aku nah !
picture tak cantik sangat ! hehe . sorry :)
sama umur lain jantina - anak buah kesayangan .
lagi-2 depa nah . hehehe . 

apa-2 pun, happy gila sepanjang angah pulang ke kampung neyh dan harap, along pun akan pulang juga hari raya neyh ok . fulls of love, asu daa :)