Lelaki cukup sinonim dengan mempertahankan maruahnya iaitu (EGO) daripada dijatuhkan oleh sesiapa hatta orang yang disayangi nya sekali . Justeru, para perempuan hendaklah berhati-hati takut lelaki terasa egonya tercabar .
Para lelaki yang dihormati, perempuan biasanya mahukan orang yang tersayang sempurna dimatanya dan sempurna di mata orang lain . Itu sebabnya dia lebih cenderung untuk ' membetulkan ' . Maksudnyas, dalam erti kata dengan tindakan menegur .
Tidak salah menegur wahai perempuan yang dikasihi sekalian, cuma kadang-kadang silap teguran menyebabkan lelaki salah faham mahu ' mengajarnya ' pula .
Ambil pendekatan yang bersesuaian dengan peribahasa dengan peribahasa ibarat menarik rambut dalam tepung . hati lelaki tidak 'putus' hubungan tidak 'berselerak' .
Pilihlah masa yang sesuai, biasakan bermanja-manja (dalam erti kata lain, jangan terlalu nak memarah tak tentu pasal) dan tidak terlalu serius , pasti sidia lebih terbuka hati dan dapat menerima teguran dengan kasih sayang .
KONKLUSINYA,
i) Pelihara ego/maruah BF anda . BF anda akan merasa lebih dihargai bilamana perempuan merendah diri padanya . Para GF, tidak salahkan untuk merendah diri pada insan yang kita sayang kan kan ?? *sekali sekala apa salahnya :)
ii) Jika dulu janji sehidup semati, mengapa hari ini kita 'berusaha' mengungkit kelemahan BF pula . so, think about it yaa .
iii) Janganlah terlalu mengharap dan mencari kesempurnaan pasangan, sehingga kita lupa manusia biasa . terimalah dia seadanya . *lelaki dan perempuan, sama sahaja . please, tolerate each other yaa !
Akhir kata, kelemahan BF / GF sama-2 kita tutup dengan kelebihan diri kita dan begitulah sebaliknya . Hanya sekadar pandangan :)